Tuesday, May 25, 2010

"Tak payahla nak berangan dapat suami soleh, kau pun bukan solehah mana"

Gila lama x updated blog. Sibuk panjang memanjang (juga tengah gila berbisnes sebenarnya). Mode yang ala-ala oke tiba-tiba tersentap juga bila duk ronggeng berchating dengan sorang klik ni..Timbulnya isu ni bila aku terbaca dalam paper yang Si Dian yang super cantik itu sudah rajin bangun pagi rupanya. Oh tak2, bukan pasal bangun pagi yang buat aku tertarik, tapi pasal : - 

Dian yang berumur 28 tahun berkata, dia akan bangun pada pukul lima pagi untuk mengerjakan solat subuh bersama suaminya.
"Pada kebiasaannya (sebelum menikah), solat subuh ditinggalkan saja. 
Sekarang, ada yang mengajak solat berjemaah." 


(sila ulang-ulang baca yang dihighlight merah tu..itulah aku sebenarnya..Memang aku tak malu untuk mengaku (bnda btul). Tu lah kadang-kadang aku rasa sbgai manusia ni gila banyak berdose, bukan lagi banyak bodoh serta bangang tak bertempat,tapi memang bodoh pun..Aku yakin bukan aku sorang yang macam ni..ramai..berlagak solehah bagai. Tapi peel macam syai***nirojim. Mana yang Tuhan kata jangan buat, kita buat, yang kita buat semua larangannya, tu lah hidup kacau bilau kan. Haish, aku ni cakap je lebih tapi tengok lah, insafnya seminit je, lepas tu jimba2 bagai aku boleh hidup 100jam lagi. Ampunkanlah hambamu ini Ya Allah...

Ok..Balik pada klik aku yang sorang ni..aku ceritakan yang aku dalam ontheway mau berubah. Aku mau belajar mengaji balik (sekian lama tgglkn-yaasin pun agak kadang2 saja aku baca). Aku mau solat lima waktu secukop-cukopnya. Aku cakap yang aku harap bakal suami aku seorang yang soleh-moleh, biar dapat bimbing aku nanti..Well die memang sangat kenal aku. am just minta  pendapat beliau tentang aku yang bakal menjadi bini Awal nanti..Memang aku sentap bila beliau cakap ----> "Tak payahla nak berangan dapat suami soleh, kau pun bukan solehah manapun.."

Jadi aku nak tanya lah sapa-sapa yang pandai ilmu agama kat luar sana, kalau aku ni, yang tak la berapa baik ni, memang betul ke confirm takkan dapat orang yang soleh-soleh? Ataupun mana tau sebenarnya laki aku bakal jadi lebih soleh? Amin.amin..hehe (eh tu nanti dia jadi soleh, maknanya macam mana?) Wa..ni keliru ni...Wahh sukati je nak buat andaian laki tak soleh, biasa ni.

Maknanya kalau orang baik  = suami baik?
Orang jahat jadi baik  = suami dia orang jahat yang jadi baik?
Orang jahat tak nak jadi baik = suami jahat jugak?

Habis tu kesian lah orang jahat, nanti semua dapat orang jahat jadi husband/wife, lepas tu macam mana? Kalau aku berubah mana tau kan (doakanlah) lebih jadi solehah, adakah chances memang tetap akan dapat suami biasa-biasa je seperti yang telah dinyatakan?

Eh beriya sangat ni cakap ni, brochure cstomer pun belom buat lagi, mockup yang aku konon-konon semangat gila babas (depan bos) macam nak terus buat semalam tak sentuh2 lagi.. aaih...(^.^)

0 Sedang Mengomel:

Related Posts with Thumbnails