Wednesday, April 21, 2010

Teaser # 1

Office alone gain..
Guess wat?
This is gonna b my Invitation card

Design 50/50 siap...
eheh...
Kemalasan yang amat!

Doa DEKATkan Jodoh


1st..thanks alot 2 harzharun for mention me that my layout yg ala-ala comel tu prob rupanya. And sorry too sbb semalam my blog macam gila. Sebab utama ialah ianya under construction. Nak design new layout - tak rajin ah (ko x nampak meja ko berterabor artwork xsiap 2 ke??) He..download free template jela kn..Lagipun bila tukar layout perkara yang menyakitkan hati ialah widget hilang!..Walaupun dah tekan keep widget tapi widget still berterabor kn?? *sigh*. .Selain itu agak pening bila time nak baca coding Html yang macam-macam tu. Tapi ada baik juga kelebihan dapat baca coding ni, kita boleh delete apa yang kita tak gemar kat our new layout 2..(nasib baik tak ponteng kelas proFlash dlu!)

Oki..blog sudah pulih. Otak juga..
Jalan punya jalan kat google tadi...terjumpa benda nih!




 ~ Doa Dekatkan Jodoh ~
sumber : myjodoh.net

 Erm..tak tahu la boleh percaya ke tak nih.
Kalau kamu semua nak cuba, cuba aja. Kalau tak..abaikan saja ya.
Kita hanya merancang ALLAH SWT jua yang tentukan..
Insya-ALLAH

Tuesday, April 20, 2010

Macam Gila

My blog macam gila????


Monday, April 19, 2010

Mencari-cari

Post dimulakan dengan perbuatan ini - sigh*..sigh*..sigh*..yawn*..yawn*..yawn* (tapi dengan gaya comel)..mengeluh disebabkan kerja-kerja yang menimbun atas meja (sape suh pendingkan kje). Mengantuk disebabkan arwork yang tak siap-siap dari pagi tadi. Ahhrgghh sudah kekeringan idea nih! Design lak nak kena ada 2. Item lak macam-macam (standard la tu). Tetapi, apa-apa pun..tenang..tenang. Cari idea ni bukan senang macam korek hidung yang jelas sekejap saja dapat hasil. Ahhrgghh sekali lagi sebab tengah serabut dengan paper-paper yang tak sepatutnya bermaustatin atas meja aku ni..(artwork da proceed ko simpan la dlm box, sape suh sepahkan meja sendiri! - ok sedar diri pustop.) 

Ahhrgghh (ni yg last oke) sebab nk muntah tengok artwork yang tak jadi-jadi!.ok..ok..kita rehat dengan kitkat jap. Erm..title post hari ini ialah mencari-cari...idea. Huh disebabkan otak aku dah dimasukkan icu pagi tadi - kini masih dalam rawatan. So, otak sakit idea zero la.

Ahah..sebenarnya aku tengah mencari-cari bendealah ni ha..---> scalloped circle punch. Tujuan cari bendealah ni ialah untuk aku create benda-benda comel macam kat bawah ni..


Sebenarnya cari benda ni sebab nak potong paper jadi bentuk comel macam pic2 ni.
Untuk tag TQnye.
Mau Tempah diecut mahal la nok...baik buat sendiri! 


Kat stationery shop kat belakang ofis ni ada kot..
Balik r...nak pergi cari.

Bye otak yang kusut..
Esok pastikan ko sihat ye (sbb dateline da dekat nih!!)

Sunday, April 18, 2010

Panduan kahwin bagi yg belum kahwin atau Yang nak kahwin lagi..


Ok.. sekarang nie sebab dah dekat nak kahwin, so kenalah bekerja keras and banyakkan cikit berfikir. Semua orang tahu lah persiapan untuk kahwin bukannya mudah. Banyak persiapan yg perlu di adakan.... Sudah tentu ianya memerlukan satu perancangan yg cukup teliti bagi dua-dua belah pihak.

Kekadang tu ada pasangan tak jadi kahwin pasal plan nak kahwin. Maknanya diorang plan nak buat majlis tapi tak boleh agree with each other so they bergaduh and taklah jadi kahwin.

So ada orang yg tak jadi kahwin pasal nak kahwin. Kalau kahwin mestilah nak buat majlis Walimah... untuk mereka yg tak tahu, majlis walimah ialah majlis sambutan hari perkahwinan di mana sanak saudara sahabat handai jiran tetangga dijemput hadir makan together-gether.

Kekadang tu couple sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripada memikirkan masa depan dan hala tujuan hidup bersama selepas nikah. Seelok-eloknya fikirlah kedua-duanya sekali k..(adoyai..banyaknya kena fikir!)

Ok berikut ni merupakan panduan dan kos untuk persiapan majlis ini. Moga jadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin (kami,kami,kami!-x memasal joget ala pompom girl) dan yg ingin berkahwin lagi…(tapi ini merupakan bajet sederhana saya sahaja. Kalau kamu anak Dato’ or somebody dipersilakan +++ sendiri k..)

1. Kadi : 

At least 6 months b4 the proposed nikah date dimestikan register kat jabatan, and bila register kita mestilah dah tahu asas kahwin yg akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas register orang bolehlah book kadhi. Sorang je book.... jgn dua dua gi book plak.

kos kadi : RM80++

2. Kursus rumahtangga: (kami 240410 ni-nak jugak cakapkan..)

Wajib pergi.... kalau tak pergi tak boleh ambik sijil nikah. Tapi when u go and collect the sijil nikah at Jabatan they never ask for the sijil kursus.... whatever it is kan baik kalau korang pergi attend the kursus. walaupun kita dah terer dlm bab rumahtangga tapi ada baiknya kalau di refresh balik apa yg telah kita ketahui.

kos kursus : around RM80 for the whole session (tengok tempat)

3. Book Mak Andam:

Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak Mak andam perempuan..... kene pilih mak andam boleh makan tahun lamanya. At least six months mesti nak kena book... later than that u might have a problem finding one..... kalau ada pun mak andam dari Opera China je ada. Ada brannn?

Kos : RM1200 (tengok baju apa...kalau ada baju batman atau otromen mungkin mahal sikit kot)

4. Photographer:

Selalunya mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak korang kenalah cari sendiri. Sekarang orang melayu dah pandai.... dah pandai ambik kat studio, kat outdoor semua. Gambar xxxxl je belum orang try.

Kos : RM800++

5. Kompang (klu nk buatlah kan..)

Unless kamu semua nak pakai loktang, so tak payahlah panggil kompang. Kalau nak panggil at least 3 months notice.

Kos : RM300

6. Dekorasi bilik ratu sehari dan pelamin

Sekarang sudah canggih... macam-macam ada. Nak macam istana Taj Mahal pun boleh jadi.... kalau tak pun jadi macam lori cina mati.... letak kacang sama kuaci sudah original beb.... tinggal nak campak keranda je kat tengah-tengah. Macam macam design macam macam pattern.

Kos : RM1500++

7. Tukang Masak and Khemah Kerusi Meja

Tukang masak mesti ada beb... kalau takde macamana orang nak makan? Lainlah kalau korang buat majlis kat McD kan...

Kos : RM3000++ (tengok kepala yg datang – kepala paip x dikira ye..kepala angin pun x- harap maklum)

8. DJ/Karaoke (mybe ada, mybe xde…myb gne PA system je kot.)

Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan? Lazimnyer orang akan engage DJ/ Karaoke services. Ada jugak yg ambik band Hindustan (kejadah.),brass band. At least 6 months mesti nak kena book.

Kos : RM850

9. Berkat

Kira door gift lah. Yg biasa telur rebus orang kasi... tapi sekarang dah maju... lebih kreatif... ada yg kasi tuala, sabun buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, etc etc.

Kos : RM1500++

10. Miscellaneous

Perkara perkara kecil orang selalu overlook... perkara perkara kecil beginilah yg selalu membuat poket/kocek kita hangus terbakar. Things likes bunga pahar, sireh dara/junjungan, kek, sabun, rewang, sewa kanopi/dewan, tuala rewang, pisau rewang, barang-barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bill,lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan, paperbag and etc yang kamu mahu......

Kos : RM2500 ++

TOTAL ESTIMATED COST YG KAMU SEMUA KENA KELUARKAN IALAH : RM10,000++

Belum termasuk hantaran lagi beb.... Kamu semua pandai pandailah plus sendiri. Dari itu sesiapa yg dah nak berkahwin.......SELAMAT MERANCANG-RANCANG!
Related Posts with Thumbnails