Thursday, August 5, 2010

bakal suami kamu keje ape 2?

Sila baca tajuk...ha..tu dia soalan yang selalu aku dapat bila aku cakap aku da nak kahwin kat sesapa kan..Kalau ikotkan dulu, aku selalu berangan-angan yang aku nak bersuamikan:

Designer 
(knon2 nak sama bidang lah-huh dah tentu rumah tak terkemas nanti)
Engineering 
(kerja nih lelaki nampak educated sangat)
Photographer 
(bole amik pic aku hari2..then bole ajar aku post gitugini sbb akukan camera loser)
Musician 
(sbb sllu denga radiohead, coldplay, muse sume etc2...so rse diorg nih sangatlah menawan!)
Cikgu
(ma aku suruh benar cari lelaki yang nama cikgu nih!--hahha)
Imam muda 
(baru2 nih je - sbb terkesan lak dengan program tuh kan)

Tapi aku tau..semua  kat atas nih hanyalah

 Aku sedar aku sapa la wei...(ok, da kutuk aku-nak sambung cerita nih)

Mereka : Bakal suami kamu keje ape 2?
Aku : Machinist
Mereka : Hah?mekanik?
Aku : ????? (aku slh sebut ke?- fikir dlm ati)

So..nak pendekkan cerita, kalau sesape je tanya aku (macam tajuk entri). Aku lebih suka cakap yang die kerja kilang jek..pas2 aku tengok reaksi muka diorang..heh..muka pandang kesian kat aku. lepas tu msti camnih cakap.."oo takpela Jue..asalkan kerjakan.." @ "ala kerja kilang kerja juga kan?". Dulu memang rasa terkecil hati diorang semua macam tuh...Dulu fikir, asal dengan kerja kilang? Hina sangat ke? Hodoh sangat ke?ooh...maybe kerja kilang nampak sangat lah tak popular kan...alah, nak yang pakai kemeja seluar slack smart2 jek korang nih! Ah, hade aku kesah..aku fikir positif jek, dah Awal duk blaja benda tu, majoriti bidang kerja dia kat kilang2 je. So takkan aku nak paksa g kerja kat pejabat guaman kot. Ceh...

ok..ssape yang xtau kerja machinist tu canne, ni sikit  aku copy dari wikipedia nih..eheh.
(padahal akupun xtau dulu nih!..aha..)

"A machinist is a person who uses machine tools to make or modify parts, primarily metal parts, a process known as machining. This is accomplished by using machine tools to cut away excess material much as a woodcarver cuts away excess wood to produce his work. In addition to metal, the parts may be made of many other kinds of materials, such as plastic or wood products. The goal of these cutting operations is to produce a part that conforms to a set of specifications, usually in the form of engineering drawings commonly known as blueprints."

Tetibe teringat cerita The Machinist lak.
Alah cerita yang bale sanggup turunkan 60 pounds (27 kg) for his role 2.


Kuruih gile weh die dalam filem nih!
xmacam dalam cite Batman..rasa cam nak gengam jek muscle2 die 2!eheh!
(lari tajuk)

Erm..tak kisahlah orang nak cakap...yang pasti  aku bahagia. Setakat nih, cukup makan..Kenyang lagi ha..Tempat berteduhpun ado..so nak apa lagi..hidup jangan tamak...

Besok nak balik kampung..skali nak menjemput da...huh..mesti soalan sama yang makcik2 kampung akan tanya nanti! Die kerja kilang la mokcik!kerja kilang!!aaaaaaaaaaaa

Wednesday, August 4, 2010

Girls..hati2 ek!

eh2..xmalas lak ko eh hari nih update blog..
eheh! nih entry bukan apa-apa k...just saja nak cakap
girls..hati2 ek..ni info utk korg..the latest 2010..utk barangan kosmetik..

  
Nak cantik kene hati-hati gak tau..kita kan bakal Ratu Sehari!

Er..saya fobia jarum!!

Insang hati bdebar-debar cikit pagi nih.(maaf aku mmg mudah terpengaruh ngan cerita duyong aridinata tuh-walaupun mgu lps skli je aku tgk). Minggu depan dah tentunya bila bang magrib jek tv2, radio2 duk cakap "kini masuklah waktu berbuka bagi tempat nih tempat tuh" . Dan bulan depannya memang tentu masuk syawal dah. Lepas tuh bermula era kehidupan baru.

Sebab utama insang hati berdebar-debar ialah hari nih aku nak kena g HIV test. Dak Awal dah start bebelism dah ha sebab minggu nih kami nak balik kampung hantar barang tuk kenduri nanti.(masa dah xde, awak duk lengah2 lagi eh..mgu nih je ade tau.da borang awak 2 nk kne hantar gak mgu dpn kn..bile lg nak blk kg..bile lg nak anta borang sume.g buat esok!orang cakap xya borang nikah..g jek terus kat spital 2..g jek..g jek!)..Hahahaha..kenkadang aku rasa dunia aku nih terbalik. Perangai lengah2 xamik peduli jantan lekat kat aku, skill bebelism lekat kat Awal..Tu dia aih..canne pas kahwin??ahah!

Gila berdebar aku. Tak tahulah..Bukan taknak g..mungkin sebab aku memang da terfobia kat jarum kot lepas aku duk berulang alik amik darah check darah amik darah check darah masa demam denggi dulu kot..So pepagi nih tuk hilang risau aku bangun jek..aku duk senyum sorang2..konon2 boleh lah hilang takutkaaan..

okeh..da2 promote diri sendiri lak ko kan..!

Ok, sampai je Klinik Kesihatan Seri Kembangan tuh dalam kul9lbh pagi td. Yakin je aku kan..g kaunter cakap nk buat HIV test.E heh...pas2 nurse 2 lak dengan yakin cakap kat aku...

Nurse: Dik dah buat apaimen?(-mmg canggini die cakap td.so aku eje jela.) 
Aku: Belum kak..(muke innocent)
Nurse: Ok..isi borang dulu..kul 2 datang balik.
Aku: Kul 2???(dalam ati da menyumpah makapalaka tol!)(saje nak tambah debaran aku la tuh suh tnggu lelame.tau tak aku takut nih)
Nurse:....(pandang je muke terkujat aku)
Aku: Ok2. (ceh..diam2 isi form)

So..sementara aku duk tnggu kul2..membawa dirilah ke mines jap cuci mata. Kul 2 datang balik. Datang jek semua tengah berebut nak amik borang..(ceh mcm nak amik subsidi lak..xpe2 bia ke deme dulu). Okeh..ssape yang g Klinik Kesihatan Seri Kembangan ni antara prosedur dia k..tempat lain aku xtau...sori. Tapi kebanyakkan sama jak k.

Status semasa : Tangan dah sejuk..

1. Isi borang semua..Bahagian I - Maklumat Pemohon (Borang nih Free)


2. Hantar borang kat kaunter. Tunggu nama dipanggil

Status semasa :Adoi semua da sejuk...mulalahh aku nak kencing nih! Gelisah toksah kata la..

3. Nama dipanggil then amik borang balik n no giliran
4. Letak borang nih dalam bakul tepi pintu n tunggu no anda naik..tapi jap jek...tnggu je
5. Ting..ting..Then masuk bilik.

Status semasa : Muka pucat dah!

Cuba bertenang....tapi bila tengok je nurse jantan yang tukang amik darah..aku dah nak pengsan dah!aaaa.. xmo!dulu nurse jantan gak yang duk cucuk akuh...skang dia nih lagi..waaaaaahhh.(seyes orang yang sama.Aku ingat lagi bila aku duk minta simpati - bang bole slow2 cikit x? - adoi..haram!!wat xtau jek..pas2 terus cucuk!)aaaaaaa lbm seminggu lengan akuh!

Ok2...tenang...duduk diam2..hulur lengan..

nurse jantan: (pandang pelik)dik..jari tengah ye.
aku: hah?bukan lengan ke? (sbb aku dah sinsing lengan baju aku)
nurse jantan: jari tengah kanan..
aku: hoh..yeke? ok2...(kasi jari...tapi xnmpak jarumpun?)
nurse jantan: awak kenapa..muka pucat je? bole lembutkan tangan tak?
aku: er..saya fobia jarum!!
nurse jantan: xpe2..lembutkan tangan je...
aku: (pejam mata, Badan gigil!)
nurse jantan: ok da..

Tetau aku da settle da...ahahaha. Mati2 aku ingat kena cucuk amik darah kat lengan tadi!!!!aaaaaaaa...aku malu sendiri..Tetiba rasa cam sangat poyo jek berdebar2 hari nih semata nak amik darah kat jari jek..n asal aku boleh lupa yang masa sekolah dulu aku pernah buat ujian nih kat member aku masa blaja biologi dulu..Asal aku boleh xtau benda nih!!hahhaha..hari nih memang blur!cis....buat malu jek!

hahahah..da settle semua dapat borang nih balik...Bahagian II nih orang spital akan isikan..macam nih.


Ok..aku tau hari nih hari yang blur tuk aku...tapi at least aku da wt HIV test nih! (xnak dengar bebel lagi)

Petanda yang dialah jodoh kita sbnrnya


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad
Related Posts with Thumbnails