Sila baca tajuk...ha..tu dia soalan yang selalu aku dapat bila aku cakap aku da nak kahwin kat sesapa kan..Kalau ikotkan dulu, aku selalu berangan-angan yang aku nak bersuamikan:
Designer
(knon2 nak sama bidang lah-huh dah tentu rumah tak terkemas nanti)
Engineering
(kerja nih lelaki nampak educated sangat)
Photographer
(bole amik pic aku hari2..then bole ajar aku post gitugini sbb akukan camera loser)
Musician
(sbb sllu denga radiohead, coldplay, muse sume etc2...so rse diorg nih sangatlah menawan!)
Cikgu
(ma aku suruh benar cari lelaki yang nama cikgu nih!--hahha)
Imam muda
(baru2 nih je - sbb terkesan lak dengan program tuh kan)
Tapi aku tau..semua kat atas nih hanyalah
Aku sedar aku sapa la wei...(ok, da kutuk aku-nak sambung cerita nih)
Mereka : Bakal suami kamu keje ape 2?
Aku : Machinist
Mereka : Hah?mekanik?
Aku : ????? (aku slh sebut ke?- fikir dlm ati)
So..nak pendekkan cerita, kalau sesape je tanya aku (macam tajuk entri). Aku lebih suka cakap yang die kerja kilang jek..pas2 aku tengok reaksi muka diorang..heh..muka pandang kesian kat aku. lepas tu msti camnih cakap.."oo takpela Jue..asalkan kerjakan.." @ "ala kerja kilang kerja juga kan?". Dulu memang rasa terkecil hati diorang semua macam tuh...Dulu fikir, asal dengan kerja kilang? Hina sangat ke? Hodoh sangat ke?ooh...maybe kerja kilang nampak sangat lah tak popular kan...alah, nak yang pakai kemeja seluar slack smart2 jek korang nih! Ah, hade aku kesah..aku fikir positif jek, dah Awal duk blaja benda tu, majoriti bidang kerja dia kat kilang2 je. So takkan aku nak paksa g kerja kat pejabat guaman kot. Ceh...
ok..ssape yang xtau kerja machinist tu canne, ni sikit aku copy dari wikipedia nih..eheh.
(padahal akupun xtau dulu nih!..aha..)
"A machinist is a person who uses machine tools to make or modify parts, primarily metal parts, a process known as machining. This is accomplished by using machine tools to cut away excess material much as a woodcarver cuts away excess wood to produce his work. In addition to metal, the parts may be made of many other kinds of materials, such as plastic or wood products. The goal of these cutting operations is to produce a part that conforms to a set of specifications, usually in the form of engineering drawings commonly known as blueprints."
Tetibe teringat cerita The Machinist lak.
Alah cerita yang bale sanggup turunkan 60 pounds (27 kg) for his role 2.
Kuruih gile weh die dalam filem nih!
xmacam dalam cite Batman..rasa cam nak gengam jek muscle2 die 2!eheh!
(lari tajuk)
Erm..tak kisahlah orang nak cakap...yang pasti aku bahagia. Setakat nih, cukup makan..Kenyang lagi ha..Tempat berteduhpun ado..so nak apa lagi..hidup jangan tamak...
Besok nak balik kampung..skali nak menjemput da...huh..mesti soalan sama yang makcik2 kampung akan tanya nanti! Die kerja kilang la mokcik!kerja kilang!!aaaaaaaaaaaa